Monday, July 28, 2008

Mengemaskinikan laman blog melalui email

Laman blog perlu dikemaskinikan sentiasa. Jika ianya tidak dikemaskinikan didalam jangkamasa yang lama jumlah pengunjung pasti akan berkurangan. Maklumat didalam laman blog bukan sahaja perlu dikemaskinikan sentiasa, tetapi ianya perlu dikemaskini sebaik sahaja sesuatu peristiwa itu berlaku.

Oleh kerana kebanyakaan telefon bimbit telah boleh menghantar email, maka dengan kemudahan penghantaran Post melalui email, laman blog telah boleh dikemaskinikan setiap masa dimana sahaja.

Apa yang penting untuk proses penghantaran berjalan lancar, alamat email penerimaan perlulah tepat dan tajuk serta kandungan ditaip dilokasi yang betul.

No comments: