Monday, July 28, 2008

Perbezaan diantara laman web dan laman blog (2)

Walaupun penerangan dari segi perbezaan teknikal diantara laman web dan laman blog memang jelas, namun perbezaan dari segi anggapan orangramai masih lagi kabur.

Disebabkan oleh situasi, semasa ramai yang mengangap laman blog adalah lebih bersifat negatif dan ianya hanya digunakan untuk perbincangan politik.

Komponen penting didalam sesebuah laman blog

Terdapat tiga elemen penting didalam sesuatu Post (Artikel yang ditambah).
1. Tajuk Post
2. Kandungan Post
3. Komen - Post

Tajuk menentukan samaada pengunjung akan meneruskan pembacaan kandungan keatas sebuah laman blog. Oleh kerana kebanyakaan pengguna hanya melanggan tajuk dari sesebuah laman web, maka tajuk yang menarik adalah merupakan satu elemen yang penting.

Pengenalan kepada konsep laman blog

Laman blog merupakan kemudahan yang membolehkan maklumat dikongsikan dengan cara lebih mudah.

Perbezaan diantara laman blog dan laman web adalah:

1. Laman blog mempunyai mekanisma yang akan menyusun maklumat yang dikemaskini secara automatik.

2. Laman blog merupakan kandungan yang mencerminkan pandangan peribadi, dan laman web merupakan pandangan dari sudut organisasi.

Walaupun berbeza laman blog dan laman web saling menyokong diantara satu sama lain.